Sunday, May 25, 2008

Love itu Cinta

Kata org bila sudah bercinta lupa segalanya,
Kini aku mencintaiNya dan suamiku serta anak yang bakal lahir ini..
Aku heran rupanya ada juga insan disebalik dedaun kebahagian aku,
mencemburui kebahagian yang sedang kukecapi ini,
tapi alhamdulilah Dia begitu besar kuasaNya kerana menyedarkan aku,
Terhadap kedurjanaan pihak itu,
Amin kerana gelora itu berlalu dengan penuh kebijasanaan dan aku terus di sini
Dihatinya..dan aku berserah kepadaNya.

Thursday, May 22, 2008

Selamat Hari Ibu

Kepada semua ibu-ibu di luar sana Tina ucapkan selamat Selamat Hari Ibu.

11 Mei memang menjadi tarikh begitu besar dalam hidupku kerana semuanya umpama satu mimpi bila aku disahkan mempunyai kandungan selama 7 minggu.

Aku begitu teruja dan rasanya bagai nak meletup diri ini keranakandungan ini telah ku tunggu sejak 11 tahun lalu setelah mendirikan rumahtangga.

Inilah hakikatnya aku bakal bergelar ibu dan hakikat ni begitu memberi aku satu lagi rahmat Allah yang mana aku akan menajdi seorang ibu tidak sampai 8 bulan lagi.

Amat menyeronokkan kerana semua ahli keluarga juga begitu gembira dengan berita ini.

Jenuh sudah aku berubat, urut dan buat pelbagai senaman termasuk suami tercintaku...akhirnya dapat juga aku menjadi seorang ibu yang sebenar.

Mungkin kerana ini adalah suatu usaha berterusan...

Alhamdulilah syukur terhadapnya.

cinta baru

Mempunyai kekasih suatu yang diinginkan semua insan.

Apa lagi kekasih itu adalah seseorang yang bergelar suami atau isteri.

Apa juga karenah mereka pasti kita sabarkan untuk kita lalui kehidupan yang pelbagai lagi pengalaman manis bersama mereka.

Cinta menginginkan kau umpama seribu tahun mencarinya...