Thursday, April 16, 2009

wanita dan negara

Aku hairan melihat negara yg kucintai ini dipenuhi dengan kemelut politik tak habis-habis..

Apa yang aku inginkan adalah sebuah negara yang aman tenang tenteram, makmur dan kaya raya utk rakyatnya.

Biarlah kemelut ini ada hikmahnya, diharap ketenangan kembali walaupun parah cedera dan rebah, namun kembali menjadi bintang yang bersinar.


Biarlah Malaysia terus maju dibawah kebijaksanaan Perdana Menteri ke enam...

Thursday, June 19, 2008

wanita dan kerjaya

Wanita dan kerjaya bagai tak dapat dipisahkan ketika ini jika mahu kehidupan yang sempurna dan bermakna untuk diri sendiri, bangsa, agama dan negaranya.

Ramai wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya tetapi masih mahu mempunyai kerjaya sendiri dan perniagaan sendiri untuk mencari nafkah pendapatan.

Itu menunjukkan wanita suka berdikari dan mengatur kehidupan sendiri. Paling tidak wanita itu juga mahukan perlindungan dan jaminan jika ada apa-apa yan berlaku kepada pasangannya, dia mempunyai tempat berlindung untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

Sehubungan itu, kerjaya dan wanita bukan lagi satu option atau pilihan tetapi satu kemestian untuk menjamin hari muka yang lebih baik.

Tidak banyak tidak perniagaan kecil-kecilan tepi rumah, jualan kain secara berhutang, perniagaan musim perayaan dilakukan untuk menampung sedikit sebanyak keperluan tambahan keluarga.

Apa pun masa depan kadang-kadang sukar di ramal, oleh itu apa yang perlu dipertahan dan dikembangkan atau diperbesarkan untuk keperluan dan simpanan hari mukan.

Monday, June 9, 2008

Gemuk, gemuk dan gemuk...

Aku hairan lah kenapa perempuan cepat naik badan selepas kahwin, adakah mereka cepat senang hati ada org yang melindungi mereka atau senang hati atau faktor umur.

hai..

bukahlah nak mengeluh tapi dulu sebelum kahwin aku punyalah kurus keding..orang putih kata a bag of bond bila aku ni berdiri ke berjalan ke sebab nampak baju je besar tapi orgnya tenggelam dalam baju.

Tapi perlahan-perlahan badan aku naik selepas kahwin..mungkin juga sebab senang hati ada cik abang sayang..tapi yelah bergaduh juga..tapi badan naik juga itu yg aku heran tu.

hai kena diet..kena diet..kena diet kena diet..tanpa aku sedari aku telah memasuki kumpulan org kena diet...

Sunday, May 25, 2008

Love itu Cinta

Kata org bila sudah bercinta lupa segalanya,
Kini aku mencintaiNya dan suamiku serta anak yang bakal lahir ini..
Aku heran rupanya ada juga insan disebalik dedaun kebahagian aku,
mencemburui kebahagian yang sedang kukecapi ini,
tapi alhamdulilah Dia begitu besar kuasaNya kerana menyedarkan aku,
Terhadap kedurjanaan pihak itu,
Amin kerana gelora itu berlalu dengan penuh kebijasanaan dan aku terus di sini
Dihatinya..dan aku berserah kepadaNya.

Thursday, May 22, 2008

Selamat Hari Ibu

Kepada semua ibu-ibu di luar sana Tina ucapkan selamat Selamat Hari Ibu.

11 Mei memang menjadi tarikh begitu besar dalam hidupku kerana semuanya umpama satu mimpi bila aku disahkan mempunyai kandungan selama 7 minggu.

Aku begitu teruja dan rasanya bagai nak meletup diri ini keranakandungan ini telah ku tunggu sejak 11 tahun lalu setelah mendirikan rumahtangga.

Inilah hakikatnya aku bakal bergelar ibu dan hakikat ni begitu memberi aku satu lagi rahmat Allah yang mana aku akan menajdi seorang ibu tidak sampai 8 bulan lagi.

Amat menyeronokkan kerana semua ahli keluarga juga begitu gembira dengan berita ini.

Jenuh sudah aku berubat, urut dan buat pelbagai senaman termasuk suami tercintaku...akhirnya dapat juga aku menjadi seorang ibu yang sebenar.

Mungkin kerana ini adalah suatu usaha berterusan...

Alhamdulilah syukur terhadapnya.

cinta baru

Mempunyai kekasih suatu yang diinginkan semua insan.

Apa lagi kekasih itu adalah seseorang yang bergelar suami atau isteri.

Apa juga karenah mereka pasti kita sabarkan untuk kita lalui kehidupan yang pelbagai lagi pengalaman manis bersama mereka.

Cinta menginginkan kau umpama seribu tahun mencarinya...