Thursday, June 19, 2008

wanita dan kerjaya

Wanita dan kerjaya bagai tak dapat dipisahkan ketika ini jika mahu kehidupan yang sempurna dan bermakna untuk diri sendiri, bangsa, agama dan negaranya.

Ramai wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya tetapi masih mahu mempunyai kerjaya sendiri dan perniagaan sendiri untuk mencari nafkah pendapatan.

Itu menunjukkan wanita suka berdikari dan mengatur kehidupan sendiri. Paling tidak wanita itu juga mahukan perlindungan dan jaminan jika ada apa-apa yan berlaku kepada pasangannya, dia mempunyai tempat berlindung untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

Sehubungan itu, kerjaya dan wanita bukan lagi satu option atau pilihan tetapi satu kemestian untuk menjamin hari muka yang lebih baik.

Tidak banyak tidak perniagaan kecil-kecilan tepi rumah, jualan kain secara berhutang, perniagaan musim perayaan dilakukan untuk menampung sedikit sebanyak keperluan tambahan keluarga.

Apa pun masa depan kadang-kadang sukar di ramal, oleh itu apa yang perlu dipertahan dan dikembangkan atau diperbesarkan untuk keperluan dan simpanan hari mukan.

No comments: